Saturday, April 24, 2010

Album Terbaru Saujana


Mirwana

Lagu "Keluarga Bahagia & Sepohon Kayu" pernah dipopulerkan oleh kumpulan Saujana dahulu dibawah naungan Telaga Biru Sdn Bhd. Sudah lama kumpulan Saujana tidak keluarkan album baru.Kini Saujana tampil dengan album baru yang lebih segar & moden untuk semua usia.

Saujana juga hanya tinggal empat personil, 2 dari mereka merupakan ahli asal kumpulan Saujana dan 2 lagi dari kumpulan Rast & Farhan (Akademi Nasyid).Mereka telah memilih Hijjaz Records sebagai penerbit album mereka yang terbaru berjudul Nota Cinta. Silahkan dapatkan album Saujana yang original dipasaran sekarang.

Saujana
Masihkah anda ingat lagi bekas solo Saujana pernah menyertai ujibakat OIAM 3 saudara Khairul Idzwan Baharin Beliau telah menyertai ujibakat One In A Million (OIAM) dan lagu pilihan beliau adalah Falling – Alicia Keys.

Seorang lagi bekas penyanyi nasyid..yang juga mencetuskan fenomena kepada Industri Nasyid.Terbaru salah seorang ahli kumpulan Saujana juga yaitu Shahir telah memasuki Akademi Fantasia musim ke 8.Jika anda tidak percaya anda boleh lihat profile diatas atau website Saujana
disini : Saujana Portal.


Shahir ex Saujana kini di AF8
Kita sering lihat artis nasyid yang dulu berprofesi sebagai penyanyi nasyid berubah tanpa kita sangka.Sebagai contoh Faizal Tahir (ex Mirwana),Faisal AF(ex Fareast) ,Yasin Sulaiman (ex Brothers).

Brothers
Sharifah Eena Houzyama Syed Mokhsain atau Eena yang menguruskan kerjaya suaminya sebagai penyanyi dan komposer lagu-lagu berentak ‘world music’. Terbaru, Yassin tampil dengan album Arus Qudus yang memuatkan lagu Arus Qudus, Kau Yang Mengetahui dan Bismillah.

Selain menggubah lagu untuk albumnya, Yassin turut mencipta lagu untuk penyanyi Bienda dan Akhbar.

Yassin juga pernah berlakon dalam tiga buah filem iaitu Syukur 21, No Problem dan Mendam Berahi.

Sebelum ini, Yassin pernah mengaku menghidapi krisis identitas ketika awalnya bergerak secara solo dalam nyanyian (2001 hingga 2005). Sebelum itu Yassin pernah menyertai kumpulan nasyid Brothers.

"Ia bukanlah sesuatu yang asing sebab penyakit ini sebenarnya sudah mula menyerang manusia sejak zaman dahulu lagi cuma orang ramai tidak begitu arif dan tidak ambil peduli.

"Kenyataannya, lebih 80 peratus jumlah manusia di muka bumi ini melalui masalah yang sama ketika meningkat dewasa," katanya yang dipetik dari sebuah akhbar perdana.

Faisal AF(ex Fareast)

Fareast

Petikan dari Saiful islam yang bertajuk "Model Hijrah Songsang":

Ketika satu demi satu artis berhijrah meninggalkan dunia hedonis kepada sebuah kehidupan yang lebih dekat dengan nilai Islam, personaliti bernama Faizal Tahir mengambil arah yang bertentangan. Beliau berhijrah ke dunia hedonis itu, dari sebuah kumpulan nasyid bernama Mirwana. Apa yang ditinggalkan oleh para artis yang mendapat petunjuk itu, itulah yang pula dipungut oleh seorang bekas penasyid bernama Faizal Tahir.
Apa yang lebih penting, para artis yang berhijrah seperti Aishah, Erma Fatima dan terkini Sheila Rusly atau yang lelakinya seperti Akil Hayy malah Amy Search… membuktikan bahawa penghijrahan tidak pula menyekat mereka daripada menghasilkan karya-karya yang hebat dan signifikan. Penghijrahan mereka adalah penghijrahan nilai dan cara hidup, sedangkan bakat seni yang ada terus menghasilkan output yang berkualiti malah berubah dari sekadar seni untuk seni, kepada seni untuk seruan kebaikan.
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham” (riwayat al-Bukhari)

Mirwana
Sedangkan Faizal Tahir memberikan mesej sebaliknya iaitu beliau memperlihatkan seolah-olah ketulenan seni tidak boleh dilakukan dalam kehidupan yang berpegang dengan tatacara Islam lantas beliau berhijrah demi seni dan diri.

Lihatlah Yusuf Islam dengan album bukan nasyidnya seperti An Other Cup serta duet beliau bersama Ronan Keating… genre lagu Yusuf Islam bukan lagi nasyid seperti album The Last Prophet. Yusuf Islam dinamik pada genre seninya, tetapi akhlak, penampilan dan wacananya, masih Yusuf Islam. Dunia Yusuf Islam, bukan halangan kepada karya seni yang berkualiti.
Hijrah songsang bukan keperluan.
Jika Mirwana tidak mampu menampung bakat dan gelodak idea Faizal Tahir, beliau boleh meninggalkan Mirwana dan bergerak solo. Tetapi bukannya dengan meninggalkan penampilan, budi bahasa dan akhlaq yang disampaikan dalam genre Mirwana sebelum ini.
Saya khuatir dengan segala lambungan pujian dan kemenangan yang melimpah ruah sejurus selepas hijrah songsang Faizal Tahir, apakah nanti mudah baginya mencari JALAN PULANG?
Saya menolak metode Faizal Tahir kerana kasih saya kepadanya sebagai saudara seagama. Biar pun saya cuba untuk bersikap terbuka dalam hal ini, saya tetap gagal untuk menjustifikasikan bagaimanakah Allah SWT boleh merestui perubahan yang dilakukan oleh Faizal Tahir di dalam hijrah songsangnya?
Maaf kerana terlalu banyak menyebut nama…. semuanya dilafaz hanya dengan sebuah nawaitu..
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian yang mutlaq. Kecuali golongan yang beriman dan beramal saleh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran”

Ape tanggungjawab kita sebagai peminat nasyid dalam membantu mereka kembali kepada Industri Nasyid. Pasti ramai diantara kita mengatakan "kita xde hak keatas mereka" betul ke xde hak ?.Kita sebagai seorang yang berpengang Al-Quran & Assunnah pasti mempunyai tanggungjawab kita sesama Muslim.

Berkemungkinan mereka mempunyai masalah peribadi atau hal-hal lain yang kita tidak ketahui.Apakah punca mereka mengundurkan diri dalam Industri Nasyid dan mengapa mereka menjadi begitu ? Dalam kotak fikiran kita pasti tidak dapat memahami mereka kecuali mereka sendiri meluahkan perasaan mereka yang terpendam dalam hati.Hanya Allah yang lebih mengetahui kenapa mereka jadi sedemikian.Dan mungkin ade Hikmah yang kita tidak ketahui.

Kami dari fenomenasyid terpaksa mengutarakan masalah ini kepada anda semua ape yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini agar minda pemikiran kita dapat terbuka sedikit demi sedikit.

Cuba anda lihat masyarakat di sekeliling kita jika seseorang yang bergelar artis Nasyid pasti masyarakat akan memandang tinggi kepada munsyid-munsyid kita betul kan .

Kesimpulannya,jika sebilangan artis Nasyid yang mengubah identiti mereka yang sebelum ini dikenali sebagai munsyid,pasti masyarakat akan mencela dan mencemuh "inikah perangai artis nasyid,lebih teruk dari penyanyi bukan nasyid je...",ini salah satu minda masyarakat apabila memandang tinggi dan mulianya munsyid tetapi begini jadinya..

Dan apakah tindakan kita kepada mereka "diam,atau tidak ambil peduli,prihatin,atau biarkan mereka terjerumus dalam maksiat..." yang mana pilihan anda sebagai yang bertanggungjawab sebagai seorang saudara seislam.


mari tepuk dada tanya Iman...

sumber : http://fenomenasyid.blogspot.com/2010/04/fenomena-artis-nasyid.html